Perubatan Tradisional Islam Alhikmah
http://tradisionalalhikmah.blogspot.com

Perubatan Sufi Nur Hikmah
Perubatan ini diasaskan untuk membantu, merawat, dan memulihkan serta menyelesaikan masalah zahir dan batin. Ia merupakan salah satu kaedah rawatan kerohanian Islam tulen untuk menyembuhkan penyakit pada lazimnya tidak sembuh dirawat oleh doktor dengan kaedah perubatan moden juga para dukun atau bomoh.
Dengan penuh YAKIN dan HARAP pesakit dirawat dengan cara BERDOA terus ke hadrat ALLAH AZZAWAJALLA tanpa bersandar kepada makhluk ALLAH yang ghaib samada Wali Allah, jin-jin, syaitan-syaitan atau dewa-dewa. Inilah cara yang dipraktikkan oleh ahli-ahli sufi yang Ariffin dan para Rasul, Nabi, Wali Allah juga Nabi BesarMuhammad SAW.
Kategori hamba Allah yang ariffin ini mempunyai tauhid yang jitu bahawa semua yang berlaku samada baik atau buruk berlaku dengan kehendak dan izinALLAH AZZAWAJALLA. Tiada kuasa lain yang boleh melawan dan menandingi QUDRAT dan IRADAT ALLAH AZZAWAJALLA.Hanya sebab musabab kejadian atau sakit itu dizahirkan dengan berbagai cara samada disedari atau tidak.
SAKIT merupakan ujian atau peringatan daripada ALLAH AZZAWAJALLA kepada hamba-hamba NYA yang lalai dan berdosa. BERDOA dan BERIKHTIAR itu sememangnya dituntut oleh ISLAM mengikut lunas syariat dibawa oleh Nabi Besar Muhammad SAW, juga selaras dengan firman ALLAH AZZAWAJALLA yang bermaksud:
“Berdoalah kepada AKU nescaya AKU perkenankan”.


Kata Hikmah
Ada dua perkara yang jika Anda Amalkan, Anda akan mendapatkan kebaikan dunia dan akhirat: Menerima sesuatu yang tidak Anda sukai, jika sesuatu itu disukai Allah. Dan membenci sesuatu yang Anda sukai, jika sesuatu itu dibenci oleh Allah.”
(Abu Hazim)
Mutiara Hikmah
Ada tiga golongan orang yang paling menyesal pada hari kiamat : (1) Orang yang memiliki budak ketika di dunia, ternyata pada hari kiamat budak tersebut memiliki prestasi amal yang lebih baik darinya.
(2) Orang yang mempunyai harta tetapi tidak mau bersedekah dengannya sampai ia meninggal dunia, kemudian harta tersebut diwarisi oleh orang yang memanfaatkan harta tersebut untuk bersedekah di jalan Allah.
(3) Orang yang mempunyai ilmu tetapi ia tidak mau mengambil manfaat dari ilmunya, lalu ilmu tersebut diketahui oleh orang lain yang mampu mengambil manfaat darinya.”
(Sufyan bin ‘Uyainah)
Mutiara Hikmah
"TIDAK DIJADIKAN MANUSIA MELAINKAN SEBAGAI KHALIFAH DIATAS MUKA BUMI INI UNTUK BERIBADAH KEPADA YANG MAHA ESA"
"SETIAP KAMU ADALAH PEMIMPIN SETIAP PEMIMPIN AKAN DISOAL APAKAH TANGGUNGJAWABNYA DIKEMUDIAN HARI KELAK"
"ILMU ITU ADALAH CAHAYA KEJAHILAN ITU ADALAH KEGELAPAN"
"ORANG MUKMIN ITU APABILA DISEBUT NAMA ALLAH AKAN GEMENTAR HATINYA DAN APABILA DIBACA AYAT ALLAH AKAN BERTAMBAHLAH IMAN IMAN MEREKA"
"ORANG MUKMIN ITU TIDAK AKAN BERSEDIH DENGAN KESUSAHAN DAN PENDERITAAN DIDUNIA TETAPI AKAN MENANGIS MENGENANGKAN PENDERITAAN YANG DASYAT DI AKHIRAT KELAK"